Aku Rock

Hari nie seperti biasa wa dok lepaq kat Dayabumi, mana gi bebudak semua eh? getus hati wa. Akhirnya setelah setengah jam menunggu, akhirnya datang si Ayin dengan si Sakti dengan masih berbaju sekolah lagi. "Ekelein.... pesal lu ari ni mat?" sapa wa kat Ayin. "Bese arr Tong Fong punya hal, leceh arr... Last-last wa sambar 25 jewr" jawap Ayin. "Lombab macam siak ahh Tong Fong tu.."getus si Sakti. "Lowh.... mana motor lu Ayin?" tanya wa. "Mamat ni kena grounded lu tau ka? Haahaha... tulah semalam lepaq DV sampai lewat, kan dah kantoi" sampuk Sakti lagi. "Lu ni gebang macam Mak Nenek ahh Sakti... sekali wa jotos kepala lu, baru lu taw" Ayin dah menyirap. Dak Ayin ni pantang sentuh sikit, cepat jewr tersirap getus wa dalam hati. "Ala leks arrr Yin...." wa cuba untuk tenangkan perasaan mereka berdua. "Wa lagi berjinggut ahh, kat 2 jam wooo kat sini.. dah keras dah ni" tambah wa(walhal baru setengah jam jewr).

"Hari ni apa pojek erk?" tanya Sakti. "Bila masa ada awek boleh wat pojek lak nie?" sampuk si Erin, tomboy dari CBN yang tetiba muncul. "Siot la lu minah... tak gheti beri salam ke?" sampuk wa plak. "Apahal lak lu ni mat? Wa ada utang dengan lu ke nak sound-sound wa ni?" balas si Erin. "Apa kelas main salam-salam, lainlah kalau lu lauk wa" tambah nya lagi. "Amboi-amboi minah, lu ni poyo ahh.... Cium sikit" sampuk si Sakti . Ayin dengan wa dah bantai gelakkan si Erin. "Malam sikit beb.... potong dulu lu punya baru boleh wa kiss lu eh" Erin menjawab selamber dek je. "Wa dah potong tapi lu tak kiss pon?" tanya Ayin. "Lu nie pekak ke hape? Wa suh potong kasi abis laa" balas Erin "Takkan lu tak paham beb?" tambahnya lagi sambil bercekak pinggang. "Kedekut la lu nie minah..... bukan luak pon" sampuk wa dengan selamber.

Tetiba wa terdengar suara sorang mamat "Woitt semua, pekabo semua peminat-peminat wa?" Huh? Rupanya si Bros turun bersama kaum kerabat dia. Ramai gak yang turun dengan dia. Tak terkira wa dengan jari jemari ni. "Adeilaaa Bros..... Pe cer?" tanya wa sambil memeluk bahunya macam bertahun tak jumpa. "Wa? Wa steady je beb..."jawap Bros sambil menyalakan rokok. Asap dah mula berkepul keluar dari lubang idungnya. "Rokok?"tanyanya lagi pada wa. "Lu ni macam tak paham wa ahh.... Wa tokan jewr, isap nya tidak. Coverline beb!" jawap wa. "Lu bagi dengan orang tak sudi watper...? Bak mai sebat" sampuk Ayin sambil menyambar sebatang. "Cis Ayin, lu sorang jewr ke? Kengkawan pon nak jugak.." sampuk si Sakti. "Apa bangsa tu? Gun ke Dun? Sejuknya takder ke?" tanya si Erin. "Pergh..... boleh tahan minah nie, bagi betis nak kepala" balas Bros, Erin tersipu-sipu sambil mencapai sebatang rokok. Kiut jugak wa tengok si Erin nie tersipu-sipu camtu. Kemerah-merahan je pipinya. Maklumlah perempuan berdarah Portugis. Memasing yang lain dah mula berasap. Giler gamble aku perhatikan Ayin dengan Sakti ni, selamber berbaju sekolah menghisap rokok bagai nak rak. "Lu orang nie badge dah cabut ke? Jangan carik pasal bai.." tanya Bros pada Ayin dan Sakti. Mereka berdua dengan selamba menunjukkan lencana besi yang tersimpan dalm poket. "Siot la lu orang, sekolah wa dah tuka pakai lencana kain ahh" sorang pengikut Bros daripada Cochrane mencelah.

'Lu sebenarnya ada apa kes turun ramai-ramai ni Bros?" tanya wa sambil dok mencangkung tepi jalan tu. "Wa ada kes sikit ah dengan bebudak Farez...." jawap Bros dengan lemah sambil dok sebelah wa. "Farez dak Apache tu ke? Apa kes?" tanya wa. "Bebudak dia ah... Pow kaum wa kat Pertama tu ari. Wa dengan Farez takder hal, tapi bebudak dia yang hampas" Bros menjawap dengan berang sambil menghirup asap rokok. Dah tinggal setengah batang rokoknya wa tengok. Ini macam kes serius kata hati wa. "Berkicap ke?"tanya wa lagi. "Takder lah beb, tu pon sebab budak wa tu dak skema... Sergah jewr skit terus kecut" jawap Bros sambil menggelengkan kepalanya yang berambut terpacak kotak tu. Fuh! Nasib baik takder yang berdarah kata hati wa. "Table talk jewr ah" sampuk Ayin, "Settle luar jewr ah" sampuk si Sakti plak. "Lu dah panggil Farez turun ke Bros?"tanya Erin "Wa cakap sama lu, panggil table talk dulu ah, Bros" akhirnya wa bersuara......

Related Posts with Thumbnails

0 Xclusive Commentaries:

Tukang beca tengah kenen, Sudah baca tolong komen! Tqs
Awak follow RSS disini | Awak follow twitter disini
Sayang Ckit
Muahh!

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))

Sila taip kod diatas untuk smiley!
Contoh: Untuk icon Senyum Sila taip :)

Catat Ulasan

 

Blog Tips,Trick & Contest

Label

Blogging (22) Stories (21) 1 Malaysia (16) Contest (12) Rainbow Story (12) Story (12) Tips (11) Family (10) Gath (6) Teknik (6) Dem (5) Emotion (5) Feeling (5) Web (5) Car (4) Cinta (4) Love (4) Birthday (3) Islam (3) KCar (3) LMST (3) Myspace (3) PROTON (3) PROTON SAGA (3) SIC (3) Terjah (3) kancil (3) Awards (2) Bagus (2) Jodoh (2) L5 (2) Mira (2) Tag (2) Tools (2) Bidor (1) Cameron (1) Conversion (1) Dato Sagor (1) Facebook (1) Fadzilah Kamsah (1) Kawen (1) Makan (1) Maulidur (1) Meyo (1) Muhammad (1) Nash Ahmad (1) Nuffnang (1) Perak (1) Perodua (1) Politics (1) Politik (1) Racing (1) Rank (1) Ranking (1) Rasul (1) River (1) SAGA (1) SKPZ (1) Sambutan (1) Scenery (1) Sepang (1) Sticky (1) Sunset (1) Technocrati (1) Tmnet (1) Track (1) Uncle (1) VIP (1) Web Page Ranking (1) banner (1)

Powered by  Sue-Sygckit.blogspot.com

back to top