Mencari kelainan di Sambutan Maulidur Rasul? Bersempena Sambutan Maulidur Rasul 1431 Hijrah
"MEMANTAP UKHUWAH, MEMPERKASA UMMAH"
Ketua Segmen Pengguna TM, Hamidah Mahmud mengumumkan, kepada semua para pelanggan TM yang bertuah membeli pek istimewa Malam Sinar Maulidur Rasul iTalk bernilai RM30 dari mana-mana cawangan TMpoint di seluruh negara mahupun secara online layak menyertai cabutan bertuah. Caranya hanya dengan melayari laman sesawang www.rabbani.com.my mulai 1 Februari sehingga 26 Mac bagi memenangi lima hadiah berupa pakej umrah untuk dua orang. Ia adalah sebagai tanda penghargaan TM terhadap sokongan para pelanggannya yang berterusan.Tawaran itu juga terbuka kepada para pelanggan baru pakej Voice RM38 dan pakej Streamyx RM60 ke atas yang dilanggani di cawangan TMpoint sahaja sepanjang tempoh tersebut.Marilah kita menyertai sambutan ni ye?
Kami juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan;
"Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1431 Hijrah"
Ayahanda Muhamad bin Hj Hasan
