
Dalam dunia ini kita tidak punyai sesiapa,kecuali diri kita sendiri…
Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana..
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran
seorang sahabat, begitulah juga dia.
Cuma kita sering terlupa akan hal itu.
Kita hanya mengira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…..?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…..tapi kita masih sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsinya bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya dan rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia
meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai,
kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah….?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yang hanya pandai bercerita…..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat sebagai kekuatan.
Jadilah kita sahabatnya itu….
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..
Kita tidak tahu….
Jikalau kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu…
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai,
tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.
Orang yang berbaik dengan anda adalah sahabat yang baik,
tetapi orang yang menutup aib anda dan menegur kesilapan anda adalah sahabat yang terbaik!
RENUNGKANLAH DAN HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA!
Sesuai dengan title Rainbow Story blog ni, hari ni teman nak cerita mengenai jodoh. Apa sebenarnya jodoh tu ya? Jodoh mengikut kefahaman teman ialah ketentuan tuhan untuk pasangan kita. Semua orang (berlainan jantina) boleh menjadi pasangan kita(kecuali yang haram menurut hukum).
Bagaimana pula kita nak tau jodoh kita itu ialah yang terbaik buat kita? Tuhan sentiasa memberikan yang terbaik untuk kita. Terpulang pada diri kita untuk mencorak hidup kita, kerana tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan dia sendiri yang mengubahnya. Kita hanya boleh cuba menilai bakal atau pasangan kita untuk mengetahui serba sedikit mengenai dirinya. Oh ya, semua ini hanya untuk cuba serba-sedikit memahami dirinya dan bukan untuk dipercayai 100%. Antara cara nya ialah seperti tarikh lahir mengikut bulan kelahiran;
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi
Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan dikalangan umat Islam. Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait denngan keTuhanan. Dicabarnya para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya. Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama disekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya. Dari kejadiannya ini, tahulah Khalifah bahawa Baghdad sudah ketiadaan ulama yang benar-benar berwibawa dan tinggi ketaqwaannya. Lalu Khalifah memerintahkan beberapa orang menteri meninjau ke daerah lain, kalau- kalau masih ada ulama yang boleh dibawa berdepan dengan Dahri.
Teman menutup tahun 2009 lepas dengan menyertai Karnival Moh Belia 2009 bertempat di Teluk Intan Arena Square. Teman dengan ahli kelab KCar (dari KL,Penang & Perak) lain, telah berada di tempat pertandingan pada pukul 9 pagi untuk urusan pendaftaran. Terdapat pelbagai acara yang telah diadakan, antaranya pertandingan automotif, pertandingan karoeke, pertandingan poco-poco dan pertandingan melukis untuk kanak-kanak.
Seharian teman blogwalking, asik dok citer pasal Dak Azam jewr. Jeles gak teman, apa ada dengan Dak Azam ni eh? Cun ka dia? Kiut ka dia? Comey ka? Hensem ka? Hampeih btol arr. Setelah teman cek dengan Pakcik Google, rupanya Dak Azam yang orang dok sibuk-sibuk tu ialah Azam Tahun Baru
Adei laaa…… Tahun ni teman berazam nak bertambah muda..
Boleh ghitu? Hahaha
So, kali nie teman pon nak tumpang sibuk nak wish-wish gak, HAPPY NEW YEAR 2010 to all my friends dan tak lupa juga untuk para pembaca blog teman yang kureng ni.
p/s Teman malam ni lepak bandar dengan bebudak kelab teman. Ada majlis makan-makan sikit. Korang camner? Harap hepi-hepi gak k? Ok, Take care k….. Jumpa lagi tahun depan!!!
Hehehe… Musim cuti-cuti sekolah ni penuh dengan aktiviti-aktiviti riadah. Tak kurang juga yang kata “musim mengawan” So, teman pon jointlah dok buzy berjalan juga, kali ni ke Hotspring Sg.Kelah Hotel & Resort. Ini bersempena Gathering Hujung Tahun Kelab SIC teman. Event berlangsung pada hari Ahad lepas.
Aisey… Korang dok dendiam k? Teman nak gi jenjalan.
Sampai-sampai jewr teman ke sana, dak kecik ni tak nyempat lagi nak mandi. Siap eksyen plak tu. Nak pakai swimming trunk sendiri konon... Adeihlah…
Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat
(perihatin).Mari kita lihat 10 point berikut.
Pernah dulu ku impikan mempunyai sebuah kampung halaman, kerana lahirku di bandar raya, kampungku berumah batu. Tak pernah ku kenali selut dan bendang. Tak pernah ku rasakan nikmat memetik buah-buahan di dusun dan betapa heningnya suasana malam. Suasana tenang tanpa terburu-buru, mengejar masa. Mengharungi suasana sesak di jalan raya, nikmat beracun, khayal mengejar dunia.
Aku manusia, pelakon cerita
Di pementasan, alam ciptaannya
Bukan sengaja, melanggar arahan
Kadang terlupa, watak dan peranan
Aku manusia….
- Aku Mahu Pulang, Amuk
Bila ku sudah punyai sebuah desa untuk ku panggil kampung halaman ku. Aku rasa kesunyian. Aku rasa kesepian. Aku rasa tersisih. Telefon ku tidak lagi berdering sepanjang masa, tiada lagi hilai ketawa kawan-kawan ku di maplay, tiada lagi dengungan hiruk pikuk kenderaan, tiada lagi urusan pukul 2-3 pagi. Segala rutin hidup ku telah tiada. Ah! Siksanya satu pengorbanan.
Terimalah kembali, wajah ini
Jangan terus membenci, sampai mati
Sedang hari berganti, kau mengerti
Sedang masa berganda, kau merasa
- Aku Mahu Pulang, Amuk
Mungkin sebagai manusia nafsu kita tak pernah merasa puas?
Seringkali kita bercakap tentang cinta dan perasaan, sebuah emosi teragung yang seringkali membuatkan kita keliru…
“I hate myself for loving you .
Can't break free from the the things that you do.
I wanna walk but I run back to you,
that's why I hate myself for loving you .”
- I Hate Myself For Loving You, Joan Jett and the Blackhearts
Pernah terasa begini?
Love is an Emotion & Emotion involved Feeling. Apa sebenarnya ada dengan cinta? Cinta itu adalah emosi. Emosi adalah perasaan dan tanpa perasaan hidup akan hambar, layu, dingin, sepi.. atau hanya ilusi?
“Is it all, just wasted time...
Can you live with yourself
When you think of what, you left behind?”- Skid Row, Wasted Time
Emosi yang terkawal boleh memberikan kehangatan yang berpanjangan, kenikmatan yang mendalam dan keceriaan….. atau hanya lakonan?
“This clown pretends
everything's all right
While his heart is breakin' inside”- Loudness, So Lonely
Yang pastinya….. hidup ini sememangnya amat indah. Terpulanglah kepada anda untuk mencorakkannya!
“Never opened myself this way
Life is ours, we live it our way
All these words I don't just say
And nothing else matters…”
- Metallica, And Nothing Else Matters
Superman, Batman, Gaban tu semua dah outdated. Tu hero budak-budak. Takkan nak mimpi jadi depa lagi? Betapa cepatnya masa berlalu, betapa majunya kita sekarang. Orang dewasa perlukan hero baru. Kita ambil contoh tempatan. Contoh terdekat ialah seorang orang gila peneroka Gunung Ulu Kali..
“Bila saya buat keputusan untuk majukan Gunung Ulu Kali menjadi Genting 38 tahun dulu, ramai yang kata saya gila dan akan gagal. Mustahil? Tapi saya tetap lakukan juga hingga Genting menjadi sebuah Pusat Peranginan Bertaraf Dunia. Dalam perkhidmatan industri cruise pula(merujuk kepada Star Cruise), bukankah Miami menjadi terkenal sebab industri tersebut? Kalau negara barat boleh, kita Asian pun tentu boleh!”
- Lim Goh Tong
Orang gila ini meninggal dunia pada 23 Oktober 2007 sebagai orang terkaya di Asia Tenggara dengan nilai kekayaan sebanyak RM 421.8 bilion! Not bad untuk seorang penjual biji benih sebagai sumber pendapatan utama untuk keluarganya (selepas bapanya meninggal dunia) ketika beliau berusia 16 tahun dan datang ke Tanah Melayu pada tahun 1937. Pendapatannya cuma… RM 11.1 billion setahun jewr atau RM 925 juta sebulan!
Dah lah tu, ok? Tutup mulut yang ternganga tu. Mari kita bercakap mengenai epal pulak.
Pada zaman sekarang, bukannya buah epal yang mula datang ke minda… tetapi apple iPOD dan Apple iPhone. Yep, dunia sekarang sudah berubah dan perubahan bermula pada awal 80’an dengan hanya satu pertanyaan…
“ Adakah anda hendak berterusan menjual Air Gula
atau anda hendak mengubah dunia?”
Yup, pertanyaan mudah itulah yang telah dilafazkan oleh Steve Jobs kepada orang kuat Pepsi, John Sculley (orang yang bertanggung jawap diatas kejayaan kempen “PEPSI CHALLENGE” ke atas Coca Cola) Gandingan mantap yang telah berjaya membuahkan epal Apple sebagai apa yang kita kenali sekarang. Di soal lebih lanjut mengapa hanya dengan soalan tersebut beliau sanggup mewninggalkan Pepsi lantas menyertai Apple(syarikat baru ditubuhkan), beliau menjawap..
“Saya terpegun dan kelu, saya tidak tahu bagaimana hendak menjawapnya ”
Disini kita boleh lihat, kegilaan Steve Job dan pengurusan perniagaan yang cekap oleh John Sculley berjaya mengubah dunia.. dengan cara mereka.
Pencapaian mereka pula? Takyah cerita la k.. Cukup dengan tengok computer tu dari besar meja dah jadi besar tapak tangan dalam masa 25 tahun. 5 Tahun lagi? Besar cermin mata kot? Hehehe..
Kesimpulannya, beranikan diri untuk mencuba sesuatu yang baru. Mana tau anda ialah orang gila yang terbaru?
Anda tak GILAkan kereta ini? Sah anda gila….
What have I done today? Hmmm….. Apa erk? Bangun, Mandi, Makan then bukak komputer. Ngadap komputer sambil ngisap rokok. Perghh… Just wasting away my life like anyone care. No wonder lately I’m feeling so bored. I just wondered what have I done with my life? Is this the way of life that I wanted? Is this really it? What the hell is wrong with me? Am I too tired? Am I just too jaded?
“
Runaway train never going back
Wrong way on a one way track
Seems like I should be getting somewhere
Somehow I'm neither here nor there…… "
- Runaway Train, Soul Asylum
Maybe sometime kita perlukan perubahan dalam hidup. Tapi perubahan yang macam mana? Teringat kata-kata hero aku
“
Whenever that you felt, that you are digging into a hole,
Stop DIGGING!
- Rich Dad, Poor Dad, Robert T.Kiyosaki
Then baru aku truly realized. I meant yeah, I need passion. I really need passion. Keghairahan untuk hidup bukan sekadar membiar sahaja hidup aku hanyut berlalu pergi mengikut arus masa. Tenggelam dalam routine hingga tak perasan yang sebenarnya jiwa kita memberontak kelemasan.
“
Those were the days my friend
We thought they'd never end
We'd sing and dance forever and a day
We'd live the life we choose
We'd fight and never lose
For we were young and sure to have our way.
La la la la...
Those were the days, oh yes those were the days
- Those Were The Days, Mary Hopkins
Kesimpulannya nya senang jewr… jikalau kita rasa diri kita bosan untuk meneruskan hidup atau hilang punca. Berubahlah, cari perubahan kerana
“ Tuhan takkan mengubah nasih seseorang
melainkan dia yang mengubahnya sendiri”
GABAN ZEK, BERUBAH!!!
p/s : Gambar diatas tiada kena mengena dengan teman k?
Copyright © 2009 Rainbow Story. Design by Dak Wan Design - Powered by Blogger
Background Pattern by DW Patterns. Distributed by BlogTipsNContest.blogspot.com