Memaparkan catatan dengan label Rainbow Story. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rainbow Story. Papar semua catatan

Buat Para Sahabat!

Dalam dunia ini kita tidak punyai sesiapa,kecuali diri kita sendiri…

 

Tetapi!

 

Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana..
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran
seorang sahabat, begitulah juga dia.
Cuma kita sering terlupa akan hal itu.
Kita hanya mengira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…..?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…..tapi kita masih sering terlupa.

Sanji

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsinya bersama kita.


Pernah kah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya dan rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia
meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai,
kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah….?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?

Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yang hanya pandai bercerita…..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat sebagai kekuatan.
Jadilah kita sahabatnya itu….

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..
Kita tidak tahu….

Jikalau kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu…
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai,
tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.
Orang yang berbaik dengan anda adalah sahabat yang baik,
tetapi orang yang menutup aib anda dan menegur kesilapan anda adalah sahabat yang terbaik!

RENUNGKANLAH DAN HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA!

Xclusive Commentaries :55

2 in 1 post : Gabungan Contest dan Tag!


Buat pertama kalinya Natasha-E1 ingin menganjurkan contest. Tajuk Contest ni:

Sejauh manakah SIDIA menyintai diriku?

Ha pelik erk??mana nak tahu sejauh mana cinta sidia pada korang kan??

Syarat2 penyertaan:
  • Suruh sidia tulis pada sehelai kertas kemudian korang scan dan masukkan kat contest korang.( keutamaan)
  • Jika berjauhan ada kelonggarannya.... suruh sidia email kat korang dan korang masukkan email tuh kat dalam contest korang.(alah nikan zaman email....)
  • Korang haruslah menjadi follower blog Natasha-E1
  • Hasil luahan haruslah original( jgn tipu yer dgn menulis sendiri)
  • Korang kena letakkan luahan perasaan sidia & juga sekeping gambar sidia yang sedang melakukan aksi paling romantik untuk korang (contohnya: suap makan ker, dukung korang ker)
  • Letakkan banner dan link contest Sejauh manakah SIDIA menyintai diriku pada entry korang
  • Cuma terdapat satu pemenang sahaja(pemenang utama)
  • satu hadiah saguhati bagi luahan yang menyentuh sanubari keperempuanan Natasha
  • Contest ini bermula dari 25hb 2010 Januari dan tamat pada 14 Feb 2010 ( tepat jam 11.59pm)
  • Semua keputusan adalah muktamad
  • Keputusan akan dinilai oleh 3 orang juri
  • Selepas membuat entry tersebut sila tinggalkan URL entry kat comment
  • SILA BUAT STICKY MOOD SELAMA 48jam dari waktu entry di postkan.
  • Segala Kepurusan akan diumumkan pada 16hb febuari 2010
** Ada perubahan sikit..ada komen dari bakal peserta yang kata" alah kak tash x ada scan mcm mana?"
okok faham dgn kesukaran tuh maka tash bagi kelonggaran dgn membenarkan u all salin balik apa yg SIDIA luahkan kat u all.......tapi kn jujur yer.......so tye dia sejauh mana dia cintakan kamu dan taipkan semula dalam entry tuh....tapi bagi yg ada scan tuh elok scan tau.... mana tau keikhlasan luahan tu akan buat korg2 jadi pemenang!!



A= Aku
B= Budak
C= Cinta
D= Dengan
E= Engkau
F= Forever!

G= Gila
H= hati
I= ini
J= jangan
K= kau
L= langkaui
M= mampunya...

N= Nantikan
O= ombak
P= penangan
Q= qaseh
R= rintangi
S= semuanya!

T= Tentu kamu
U= umpama
V= V.I.P
W= walaupun
X= xperience ku
Y= yang
Z= Zero!

Nak tag lagi 30 orang? Hehehe Saper nak buat meh ah ambek buat.

p/s: Kalau buat tag ni, bagitau kat komen ye? Nanti teman akan link kan kat sini, ok?

Xclusive Commentaries :49

Rahsia Bulan Kelahiran

imageOleh kerana dari komen yang di terima sebelum ini, ramai yang ingin tahu lebih lanjut mengenai bulan-bulan yang lain. Disini, teman paparkan satu Artikel yang dipetik dari Kajian mengenai bulan kelahiran dan sikap anda, oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah. Ok, mari kita lihat...

Xclusive Commentaries :65

Cari Jodoh

Sesuai dengan title Rainbow Story blog ni, hari ni teman nak cerita mengenai jodoh. Apa sebenarnya jodoh tu ya? Jodoh mengikut kefahaman teman  ialah ketentuan tuhan untuk pasangan kita. Semua orang (berlainan jantina) boleh menjadi pasangan kita(kecuali yang haram menurut hukum).

 

Bagaimana pula kita nak tau jodoh kita itu ialah yang terbaik buat kita? Tuhan sentiasa memberikan yang terbaik untuk kita. Terpulang pada diri kita untuk mencorak hidup kita, kerana tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan dia sendiri yang mengubahnya. Kita hanya boleh cuba menilai bakal atau pasangan kita untuk mengetahui serba sedikit mengenai dirinya. Oh ya, semua ini hanya untuk cuba serba-sedikit memahami dirinya dan bukan untuk dipercayai 100%. Antara cara nya ialah seperti tarikh lahir mengikut bulan kelahiran;

 

Ayg menjelingJANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.

* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.

* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.

* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.

* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.

* Pandai mengambil hati orang lain.

* Pendiam kecuali telah dirangsang.

* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.

* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.

* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.

* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.

* Cukup sayang pada kanak-kanak.

* Suka duduk di rumah.

* Setia pada segala-galanya.

* Perlu belajar kemahiran bersosial.

* Sifat cemburu yang sangat tinggi

 

Xclusive Commentaries :59

Apabila Ulama Di Cabar

Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan dikalangan umat Islam. Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait denngan keTuhanan. Dicabarnya para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya. Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama disekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya. Dari kejadiannya ini, tahulah Khalifah bahawa Baghdad sudah ketiadaan ulama yang benar-benar berwibawa dan tinggi ketaqwaannya. Lalu Khalifah memerintahkan beberapa orang menteri meninjau ke daerah lain, kalau- kalau masih ada ulama yang boleh dibawa berdepan dengan Dahri.

Xclusive Commentaries :31

Club 2010 : Azam?

Seharian teman blogwalking, asik dok citer pasal Dak Azam jewr.At wits end Jeles gak teman, apa ada dengan Dak Azam ni eh? Cun ka dia? Kiut ka dia? Comey ka? Hensem ka? Hampeih btol arr.  Setelah teman cek dengan Pakcik Google, rupanya Dak Azam yang orang dok sibuk-sibuk tu ialah Azam Tahun Baru Rolling on the floorAdei laaa…… Tahun ni teman berazam nak bertambah muda.. Laughing Boleh ghitu? Hahaha

 

happy new year 2010

 

So, kali nie teman pon nak tumpang sibuk nak wish-wish gak, HAPPY NEW YEAR 2010 to all my friends dan tak lupa juga untuk para pembaca blog teman yang kureng ni. 

 

p/s Teman malam ni lepak bandar dengan bebudak kelab teman. Ada majlis makan-makan sikit. Korang camner? Harap hepi-hepi gak k? Ok, Take care k….. Jumpa lagi tahun depan!!! Party

Xclusive Commentaries :55

Aksi Sexy Melampau di Hotspring

Hehehe… Musim cuti-cuti sekolah ni penuh dengan aktiviti-aktiviti riadah. Tak kurang juga yang kata “musim mengawan” So, teman pon jointlah dok buzy berjalan juga, kali ni ke Hotspring Sg.Kelah Hotel & Resort. Ini bersempena Gathering Hujung Tahun Kelab SIC teman. Event berlangsung pada hari Ahad lepas.

DSC00606

Aisey… Korang dok dendiam k? Teman nak gi jenjalan.

Sampai-sampai jewr teman ke sana, dak kecik ni tak nyempat lagi nak mandi. Siap eksyen plak tu. Nak pakai swimming trunk sendiri konon... Adeihlah…

Xclusive Commentaries :55

Birthday Reproduction

Hehehe… Terima Kasih yang teramat, kepada semua yang wish my youngest son. We know that it is already past due to post the picture of the birthday party. A thousand apologies then but still, better late than never right? Hehehe.

DSC00483DSC00485

Penantian satu penyiksaan!

Xclusive Commentaries :32

Apa ada dengan Cinta?

Seringkali kita bercakap tentang cinta dan perasaan, sebuah emosi teragung yang seringkali membuatkan kita keliru…

“I hate myself for loving you .

Can't break free from the the things that you do.

I wanna walk but I run back to you,

that's why I hate myself for loving you .”

- I Hate Myself For Loving You, Joan Jett and the Blackhearts

cat_rock

Pernah terasa begini?

Xclusive Commentaries :26

If Star Wars are on Facebook

Ever wonder what will happened if Star Wars are on Facebook?

Luke


Xclusive Commentaries :15

Aku Rock

Hari nie seperti biasa wa dok lepaq kat Dayabumi, mana gi bebudak semua eh? getus hati wa. Akhirnya setelah setengah jam menunggu, akhirnya datang si Ayin dengan si Sakti dengan masih berbaju sekolah lagi. "Ekelein.... pesal lu ari ni mat?" sapa wa kat Ayin. "Bese arr Tong Fong punya hal, leceh arr... Last-last wa sambar 25 jewr" jawap Ayin. "Lombab macam siak ahh Tong Fong tu.."getus si Sakti. "Lowh.... mana motor lu Ayin?" tanya wa. "Mamat ni kena grounded lu tau ka? Haahaha... tulah semalam lepaq DV sampai lewat, kan dah kantoi" sampuk Sakti lagi. "Lu ni gebang macam Mak Nenek ahh Sakti... sekali wa jotos kepala lu, baru lu taw" Ayin dah menyirap. Dak Ayin ni pantang sentuh sikit, cepat jewr tersirap getus wa dalam hati. "Ala leks arrr Yin...." wa cuba untuk tenangkan perasaan mereka berdua. "Wa lagi berjinggut ahh, kat 2 jam wooo kat sini.. dah keras dah ni" tambah wa(walhal baru setengah jam jewr).

"Hari ni apa pojek erk?" tanya Sakti. "Bila masa ada awek boleh wat pojek lak nie?" sampuk si Erin, tomboy dari CBN yang tetiba muncul. "Siot la lu minah... tak gheti beri salam ke?" sampuk wa plak. "Apahal lak lu ni mat? Wa ada utang dengan lu ke nak sound-sound wa ni?" balas si Erin. "Apa kelas main salam-salam, lainlah kalau lu lauk wa" tambah nya lagi. "Amboi-amboi minah, lu ni poyo ahh.... Cium sikit" sampuk si Sakti . Ayin dengan wa dah bantai gelakkan si Erin. "Malam sikit beb.... potong dulu lu punya baru boleh wa kiss lu eh" Erin menjawab selamber dek je. "Wa dah potong tapi lu tak kiss pon?" tanya Ayin. "Lu nie pekak ke hape? Wa suh potong kasi abis laa" balas Erin "Takkan lu tak paham beb?" tambahnya lagi sambil bercekak pinggang. "Kedekut la lu nie minah..... bukan luak pon" sampuk wa dengan selamber.

Tetiba wa terdengar suara sorang mamat "Woitt semua, pekabo semua peminat-peminat wa?" Huh? Rupanya si Bros turun bersama kaum kerabat dia. Ramai gak yang turun dengan dia. Tak terkira wa dengan jari jemari ni. "Adeilaaa Bros..... Pe cer?" tanya wa sambil memeluk bahunya macam bertahun tak jumpa. "Wa? Wa steady je beb..."jawap Bros sambil menyalakan rokok. Asap dah mula berkepul keluar dari lubang idungnya. "Rokok?"tanyanya lagi pada wa. "Lu ni macam tak paham wa ahh.... Wa tokan jewr, isap nya tidak. Coverline beb!" jawap wa. "Lu bagi dengan orang tak sudi watper...? Bak mai sebat" sampuk Ayin sambil menyambar sebatang. "Cis Ayin, lu sorang jewr ke? Kengkawan pon nak jugak.." sampuk si Sakti. "Apa bangsa tu? Gun ke Dun? Sejuknya takder ke?" tanya si Erin. "Pergh..... boleh tahan minah nie, bagi betis nak kepala" balas Bros, Erin tersipu-sipu sambil mencapai sebatang rokok. Kiut jugak wa tengok si Erin nie tersipu-sipu camtu. Kemerah-merahan je pipinya. Maklumlah perempuan berdarah Portugis. Memasing yang lain dah mula berasap. Giler gamble aku perhatikan Ayin dengan Sakti ni, selamber berbaju sekolah menghisap rokok bagai nak rak. "Lu orang nie badge dah cabut ke? Jangan carik pasal bai.." tanya Bros pada Ayin dan Sakti. Mereka berdua dengan selamba menunjukkan lencana besi yang tersimpan dalm poket. "Siot la lu orang, sekolah wa dah tuka pakai lencana kain ahh" sorang pengikut Bros daripada Cochrane mencelah.

'Lu sebenarnya ada apa kes turun ramai-ramai ni Bros?" tanya wa sambil dok mencangkung tepi jalan tu. "Wa ada kes sikit ah dengan bebudak Farez...." jawap Bros dengan lemah sambil dok sebelah wa. "Farez dak Apache tu ke? Apa kes?" tanya wa. "Bebudak dia ah... Pow kaum wa kat Pertama tu ari. Wa dengan Farez takder hal, tapi bebudak dia yang hampas" Bros menjawap dengan berang sambil menghirup asap rokok. Dah tinggal setengah batang rokoknya wa tengok. Ini macam kes serius kata hati wa. "Berkicap ke?"tanya wa lagi. "Takder lah beb, tu pon sebab budak wa tu dak skema... Sergah jewr skit terus kecut" jawap Bros sambil menggelengkan kepalanya yang berambut terpacak kotak tu. Fuh! Nasib baik takder yang berdarah kata hati wa. "Table talk jewr ah" sampuk Ayin, "Settle luar jewr ah" sampuk si Sakti plak. "Lu dah panggil Farez turun ke Bros?"tanya Erin "Wa cakap sama lu, panggil table talk dulu ah, Bros" akhirnya wa bersuara......

Xclusive Commentaries :0

Rainbow Story





Rainbow Story? Apa tu? Kenapa pilih nama tu? Well, Taman Pelangi (In Bahasa Malaysia) kalau di translate ke English memang jadi Rainbow Garden kan? Begitu jugak dengan kehidupan ni, yang penuh berwarna warni macam Pelangi jugak. So, itu lah asal usul nama Rainbow Story. Rainbow ni kalau diikutkan cerita penglipur lara Mat Saleh adalah macam ni..........


The Rainbow Story - Author Unknown

Once upon a time the colours of the world started to quarrel: all claimed that they were the best, the most important, the most useful and the most favorite.

Green said: "Clearly I am the most important. I am the sign of life and of hope. I was chosen for grass, leaves, trees--without me, all animals would die. Look out over the countryside and you will see that I am in the majority."

Blue interrupted: "You only think about the Earth, but consider the sky and sea. It is the water that is the basis of life and drawn up by the clouds from the deep sea. The sky gives space and peace and serenity. Without my peace, you would all be nothing."

Yellow chuckled. "You are all so serious. I bring laughter, gaiety, and warmth to the world. The sun is yellow, the moon is yellow, the stars are yellow. Ever time you look at a sunflower, the whole world starts to smile. Without me, there would be no fun."

Orange started next to blow her temper. "I am the color of health and strength. I may be scarce but I am precious for I serve the needs of human life. I carry the most important vitamins. Think of carrots, pumpkins, oranges, mangos, and pawpaws. I don't hang around all the time, but when I fill the sky at sunrise or sunset, my beauty is so striking that no one gives another thought to any of you."

Red could stand it no longer. He shouted out: "I am the ruler of all of you. I am blood! Life's blood. I am the color of danger and of bravery. I am willing to fight for a cause. I bring fire to the blood! I am the color of passion and of love, the red rose, the poppy and the poinsettia. Without me, the earth would be as empty as the moon!"

Purple rose up to his full height. He was very tall and spoke with great pomp: "I am the color of royalty and power. Kings, chiefs, and bishops have always chosen me for I am a sign of authority and wisdom. People do not question me. They obey."

Finally, Indigo spoke, much more quietly than all the others but with just as much determination: "think of me. I am the color of silence. You hardly notice me, but without me, you all become superficial. I represent thought and reflection, twilight and deep water. You need me for balance and contrast, for prayer and inner peace."

And so all the colors went on boasting and quarreling, each convinced of their own superiority. Soon, their quarreling became louder and louder. Suddenly there was a startling flash of bright lightening! Thunder rolled and boomed! Rain started to pour down relentlessly. The colors crouched down in fear drawing close to one another for comfort.

In the midst of the clamor, Rain began to speak: "You foolish colors, fighting amongst yourselves, each trying to dominate the rest. Don't you know you were each made for a special purpose, unique and different? Join hands with one another and come to me."

Doing as they were told, the colors united and joined hands. The rain continued: "From now on, when it rains, each of you will stretch across the sky in a great bow of colors as a reminder that you can all live in peace. The rainbow is a sign of hope for tomorrow."

And so, whenever a good rain washes the world and a rainbow appears in the sky, let us remember to appreciate one another.

Begitulah al-kisah terciptanya Pelangi versi Mat Saleh. Nanti kalau ada versi pelipur lara Melayu akan teman bawa lagi.

Nota Wonder Pets: Apa yang penting? Kerjasama........ maluEkekeke.








malu
Xclusive Commentaries :6

 

Blog Tips,Trick & Contest

Label

Blogging (22) Stories (21) 1 Malaysia (16) Contest (12) Rainbow Story (12) Story (12) Tips (11) Family (10) Gath (6) Teknik (6) Dem (5) Emotion (5) Feeling (5) Web (5) Car (4) Cinta (4) Love (4) Birthday (3) Islam (3) KCar (3) LMST (3) Myspace (3) PROTON (3) PROTON SAGA (3) SIC (3) Terjah (3) kancil (3) Awards (2) Bagus (2) Jodoh (2) L5 (2) Mira (2) Tag (2) Tools (2) Bidor (1) Cameron (1) Conversion (1) Dato Sagor (1) Facebook (1) Fadzilah Kamsah (1) Kawen (1) Makan (1) Maulidur (1) Meyo (1) Muhammad (1) Nash Ahmad (1) Nuffnang (1) Perak (1) Perodua (1) Politics (1) Politik (1) Racing (1) Rank (1) Ranking (1) Rasul (1) River (1) SAGA (1) SKPZ (1) Sambutan (1) Scenery (1) Sepang (1) Sticky (1) Sunset (1) Technocrati (1) Tmnet (1) Track (1) Uncle (1) VIP (1) Web Page Ranking (1) banner (1)

Powered by  Sue-Sygckit.blogspot.com

back to top