Teman menutup tahun 2009 lepas dengan menyertai Karnival Moh Belia 2009 bertempat di Teluk Intan Arena Square. Teman dengan ahli kelab KCar (dari KL,Penang & Perak) lain, telah berada di tempat pertandingan pada pukul 9 pagi untuk urusan pendaftaran. Terdapat pelbagai acara yang telah diadakan, antaranya pertandingan automotif, pertandingan karoeke, pertandingan poco-poco dan pertandingan melukis untuk kanak-kanak.
