Berita terbaru mengatakan HSBB(High Speed Broad Band) dan Hypp TV(TV dalam internet) telah di sediakan untuk 122 tester di kawasan bandaraya dan dijangka boleh dinikmati oleh semua pengguna pada suku kedua 2010. Kelajuan internetnya dijangka sehingga 15Mbps. Selain daripada itu, cas untuk langganan Internet juga akan dikurangkan.
petikan dari Berita Harian, 16hb Disember 2009
SECARA global, pengguna Internet di Malaysia mengungguli tempat pertama di laman blog, tempat kedua di friendster dan myspace, tempat ketiga di Flickr, tempat ke-13 di YouTube dan ke-16 di facebook. Ini jelas membuktikan peningkatan penggunaan jalur lebar di negara kita selain disebabkan sikap ingin menguasai teknologi maklumat (IT), wujudnya rangkaian sosial dan pelbagai kemudahan hingga sesetengah pengguna lebih suka berbelanja secara atas talian, berhibur serta merancang perjalanan cuti. Menyedari hakikat ini juga, syarikat telekomunikasi berlumba-lumba menawarkan pakej langganan internet dengan kadar bayaran tertentu sama ada berasaskan kadar harian, mingguan atau bulanan. Kaedah ini juga menyaingi perkhidmatan internet tanpa wayar (Wireless Fidelity) atau WiFi dengan penggunanya mudah mencapai kemudahan itu menggunakan komputer riba masing-masing dalam jarak lingkungan 100 meter dari antena disediakan atau Wifi hotspot. Malah, teknologi terbaru bagi capaian jalur lebar berkelajuan tinggi kini boleh didapati di Malaysia iaitu WiMAX (Kebolehoperasian Seluruh Dunia untuk Capaian Gelombang Mikro). Teknologi ini dipercayai amat berkesan di kawasan luar bandar yang kebanyakannya belum pernah merasakan capaian internet jalur lebar. Bagaimanapun, semua itu memerlukan bayaran. Kelmarin, beberapa Ahli Parlimen meminta jika caj internet di negara ini dikurangkan kerana negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam menyediakan kadar yang lebih rendah menerusi persaingan sihat pembekal perkhidmatan internet (ISP).
Ini bukan kali pertama suara seperti itu didengar. Namun, khabar gembira akan menjelma Februari depan apabila Kabinet meneliti kertas berkaitan selepas ia mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Telekom Malaysia menyiapkan laporan mengkaji semula kadar caj internet di negara ini yang agak tinggi berbanding negara jiran bagi memberi manfaat kepada lebih ramai pengguna. Seperti kata Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum, kajian itu akan memastikan kadar caj internet lebih rendah dan munasabah bagi memberi perkhidmatan terbaik dan berkualiti kepada pengguna, termasuk mereka yang tinggal di pedalaman. Kita berharap kabinet membuat keputusan yang terbaik bagi menggalakkan penggunaan internet lebih meluas apatah lagi dalam usaha kerajaan mempercepatkan pelaksanaan jalur lebar tanpa wayar berkelajuan tinggi membabitkan kos RM11.3 bilion untuk tahun depan, termasuk RM8.9 bilion sumbangan daripada Telekom Malaysia Bhd. Sudah 15 tahun rakyat Malaysia menikmati internet, namun kadar penembusan jalur lebar bagi isi rumah di negara ini hanyalah sekitar 21 peratus iaitu masih terlalu rendah berbanding negara lain seperti Korea Selatan dan Singapura yang memiliki kadar penembusan 90 peratus. Hanya dengan kadar caj internet lebih murah, akan membantu melonjakkan kadar penembusan itu termasuk di luar bandar dan pedalaman, ke tahap 50 peratus pada tahun depan seperti disasarkan kerajaan.
petikan dari Berita Harian, 16hb Disember 2009
Anda boleh juga baca berita ini di blog saudara qiilans87 dan blog saudara amanz.my
47 Xclusive Commentaries:
nice..
nak suh my mom bace nih..
sure dia stuju masok strimix kt kg..
haha..
memang bagus..... harap2 service in the future akan improve
hrp betulla mcm ni
alhamdulillah...moga2 berita gembira ini dapat meringankan beban kita terutamanya kepada blogger tegar.. (^_^)
wahhh.. bes ni.. info menarik!
thx dak wan.. ;))
memang bagus bagus sgt..walaupun agak lewat dpd negara2 lain yang ada antaranya mempunyai lebih dpd 100mbps. Dengar kata Korea sedang meningkatkan tahap ke 1GBps. Nak tunggu M'sia sampai tahap tu macam tunggu M'sia nak layak ke Word Cup. :)
good
mcm ni br hepi nak blog
haha
SECARA global, pengguna Internet di Malaysia mengungguli tempat pertama di laman blog, tempat kedua di friendster dan myspace, tempat ketiga di Flickr, tempat ke-13 di YouTube dan ke-16 di facebook.
MKALO YERR AKU!
AKU PEYUMBANG TERBESARRR! HAHAHA..
:p
pape pon tenet ttp lembap gak kat ofis aku ni
tensi aku
disebabkan hidup teman idak jauh ke mana....
tapah ke tapah road dan ke ipoh....
komen teman....
memang dah patot lama gomen pikior pasei nie!!
doit yang pelangggan lama bayor dolo... pulangkan semula sebagai rebet!!
bila baca pasei tenet.... pengalaman teman idak le menyeronokkan... nak naik hangin jea...
rase nak reformasi je nie....
apepon... kalau benor leh turon lagi bayor tenet... ingat nak cobe lagi 4mb.... walopon dalam angan2 kat tapah nie, siput sedot lebeh laju lagi stimix!!
ni yg rasa rajin nk wat entry tiap2 ari ni..ha3
Salam..Waahhhh!Bestnyeh!!
:)
bagus2....harap pasni tenet xlembab da...
fuiyoh..bace brite plak kat cni..huhu
bosan dgn bradband sume ni..promo bagai nak rak itu lah ini lah.vuba pakai tengok! cam haram jadah
i'msosupernotcool - Kalau dah murah boleh jadi pesaing Astro nih :))
Sharinginfoz - Try tuko DNS server guna Open DNS ;)
pooh - Kan lagi bagos buat streamyx jadi free jewr trus? =))
din3187 - Patut bagi diskaun utk org yg dah lama langgan kan? ;;)
~@k1 is @utuMn!~ - Erk? Thanks to BH ah :-*
Tyco Blogger berkata... Boleh jewr nak leased lined bro ;;) Mahal sgt la plak ~x(
Fatt Chin Choy - Wa rasa cam terlebih indah jewr lah :X
Boneka tak sakit - Wa mmg awal2 dah suspek lu nya =))
♠♥♠ayudeadwish♠♥♠ - Dak Admin dok block mmg jd camtu ah... Tak pon korang pakat torrent ramai2 erk? :P
kulop ludin, boss test tukar DNS guna openDNS,pastu router kasi setting skit tgk... ;) Dak pon, mai ke rumah teman jewr ah. Idok le jauh bebenornya... :D
sharamli - Jgn ah nunggu tawun depan baru nak update :((
Ieda the Rainbow Princess - Ada can nak upgred erk ;)
~0~ - Yup. Kalau tak kita mogok semua potong =))
chokio_nia - depa nak suh mu balik Malaysia cepat2 tu :d
seroja jingga - Ada rezeki klu jumpa nanti, bawaklah turun modem, meh teman setting. :X
waaaa bagusnye!! ;) yeehaa eh dakwan, tanx sebab bagi aku tips2 sal tukar url tu k.. terharu aku..nnt aku try tgk link2 yang ko kasik tu
░♥si lampu neon♥░ - :)) Tunggu dan lihat la yer?
owh,harap benda tu jadi kenyataan tanpa ada kerenah birokrasi lagi
kadang2 itu semua macam mimpi kosong
kata jer caj akan diturunka tetapi akan ditambah dgn caj2 lain
Salam..Dak Wan..MEKASIH BNYK UTK KOMEN,IDEA,
PENDAPAT & EVERYTHING YG DAK WAN SHARE DI
RUANGAN KOMEN BLOG IEDA!
Dak Wan..Ieda da upgrade dh line tenet nie dkt
PISA Pikom PC Fair tu hr..Just pay 4 5ringgit to
upgrade utk speed yg lebih laju..& dia kasi 4bulan guna secara percuma.. :)
memang memuah la kalau betul speed smpi 15Mbps..huhu
hans - Ni peruntukan dah ada, kalau mcm gampunx gak ntah la ~x(
Ieda the Rainbow Princess - URW. Uish, tambah RM 45 untuk baper Mbps erk? :)
HEMY - takper, kita tgk jewr baper casnya nanti. =)) Harap takyah langgan ASTRO lagik.
beruntung la rakan2 yg berada dekat dengan kawasan diorang buat ujian pemasangan tu
facebook 16?
blog 1st?
mcm xcaya je
kalo cmni bru smangat nk wat ape2 je ngn tenet,,,byr lbh xper jnji puas,,,hahaha
~bro..disqus mmg best...ok..tk cre
Kulanz Salleh - Teman dengar, katanya Hypp TV tu macam ASTRO jewr lajunya. :D
Noorlaila Mohamed Nor - Tu sebab MOL beli Friendster :)
hisham - Kena wat poll nih. Apa kata survey? Ekekekeke =))
IPTV sebenarnye.. die di kendali di Hypp.tv
Tanpa Nama - :-o Hypp.tv tu IPTV? Bukan IPTV tu dia punya method ke?
sure makin laju da pantas lepas ni..layan...
Awak follow RSS disini | Awak follow twitter disini
Sayang Ckit
Muahh!
:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))
Sila taip kod diatas untuk smiley!
Contoh: Untuk icon Senyum Sila taip :)
Catat Ulasan