Buat Para Sahabat!

Dalam dunia ini kita tidak punyai sesiapa,kecuali diri kita sendiri…

 

Tetapi!

 

Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana..
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran
seorang sahabat, begitulah juga dia.
Cuma kita sering terlupa akan hal itu.
Kita hanya mengira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…..?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…..tapi kita masih sering terlupa.

Sanji

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsinya bersama kita.


Pernah kah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya dan rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia
meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai,
kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah….?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?

Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yang hanya pandai bercerita…..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat sebagai kekuatan.
Jadilah kita sahabatnya itu….

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..
Kita tidak tahu….

Jikalau kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu…
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai,
tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.
Orang yang berbaik dengan anda adalah sahabat yang baik,
tetapi orang yang menutup aib anda dan menegur kesilapan anda adalah sahabat yang terbaik!

RENUNGKANLAH DAN HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA!

Related Posts with Thumbnails

55 Xclusive Commentaries:

Cahaya Yang Riang Gembira berkata...

Saye nak jadik sahabat yang terbaik untuk parents saya, adik beradik saye, semua sahabat-sahabat saye, dn org yg saye sayang.. :)

iyllienaz berkata...

betol..sahabat yg baik bersama2 ketika senang DAN susah..

kawie2020 berkata...

sahabat yang baik boleh membahagiakan kita. sebelum mendapat sahabat yang baik, kita juga kenalah menjadi seorang sahabat yg baik terlebih dahulu.. hhhehehehhehehe...

kulanz berkata...

akupun nak juga jadi sahabat yg baik.. tapi x pasti sama ada layak atau tidak.. tapi aku tetap usahakn juga..

Unknown berkata...

benar tuh..sometimes deco rase gak keseorangan... kawan2 salunya datang bercerita bile tengah sedey..bila deco perlukan diorang,mereka takde pon....memule dulu mmg sedey,then bila da salu sgt camtuh,deco makin selesa sorang2....berkawan ngan diari n 'rumah kosong' deco tuh...:)

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
mizara berkata...

adalah sukar untuk mencari sahabat yang TERBAIK..bila dah jumpa sebaiknya jgn sia-siakan sahabat yg terbaik itu..

|.a.r.i.e.z.a.| berkata...

sapa sahabat terbaik dak wan? :)

Faarihin berkata...

rindu dengan sahabat2 semua.. tapi bila dah duduk umah je ni.. sahabat2 di alam maya la yang paling diutamakan.. huhuhu.. (^__^)

entri ini bagus untuk kita renungkan tentang sahabat..

Unknown berkata...

teringat lagu brothers...teman sejati...
indahnya........

are u smarter than a 5th grader?? cuba baca...
http://cjalhafiz-lifejournal.blogspot.com/2010/02/did-you-know-are-you-smarter-than-5th.html

AJ berkata...

sahabat sejati susah dicari

CITY® berkata...

salam dak wan,

betul betul betul
mungkin kita ramai kawan
tapi kita tak punya sahabat

hmmmmmmmmmmmm
aku juga?

ezzati berkata...

sahabat sejati..bila dh jmpa..kt kena hargai :)

Tanpa Nama berkata...

Ada tiga jenis sahabat

1.Susah bersama senang ditinggalkan
2.Senang bersama susah ditinggalkan
3.Senang bersama susah bersama

Harapan nak dapat kawan sejati adalah 1:3

Tekkaus berkata...

Untuk mendapat sahabat baik, kita sendiri perlulah memastikan diri kita sendiri adalah seorang insan yang baik untuk didekati. :)

hisham berkata...

salam bro...aku ade ramai sahabat...tapi yg ramai shbt ketawa...susah nk cari shbt menangis..adela tp x ramai...

miss lolly a.k.a luvfareda berkata...

hanya sorang je sahabat dunia akhirat stakat ni.



susah senang bersama~

¶A.K.I¶ berkata...

untung dpt SAHABAT... kerna KAWAN mest ramai kn2... SAHABAT... :-o

B L O G D E T berkata...

kawan dan sahabat mempunyai maksud yg berlainan-fikir2kan.. ;D

aida berkata...

Sahabat sangat susah dicari..

kulanz berkata...

sedang berusaha untuk jadi sahabat baik..

Unknown berkata...

persahabatan....xkan ku lupa kau whai sohbat...

CITY® berkata...

dak wan,

nper akaka tak leh komen kat kotak jerit tuh
nyampehhh
hukkkkkkkk

CathJ berkata...

Terima kasih buat post ini.. :D

hans berkata...

yups...
betul2

suri berkata...

salam..
adeh, terasa rindulah pula suri pada sahabatku nun jauh di melaka..huuhu.

apapun bestlah wan sajak kat atas ni.Suri suka ;)

Rash berkata...

mmg byk benar nye kate2 dak wan nih..
sejak dh kawen ni dh x hangout ngn mmbr2..
rs rindu sesgt kt diorg & mase dolu2..

Mrs Nurul berkata...

aku ni tak banyak kawan,
so susah gak nak hargai kawan..huhu

Dak Wan® berkata...

FarhanaDr - Semoga tercapai ye :)

Dak Wan® berkata...

iyllienaz - Rata-rata kawan ketika senang jewr kan? :(

Dak Wan® berkata...

kawie2020 - Tu lah.... kita harus gak belajar kan? Nak yg terbaik harus jadi yg terbaik kan? :D

Dak Wan® berkata...

kulanz - Insyallah, ada niat mesti ada jalan kan? :)

Dak Wan® berkata...

Deco [MisS N] - Takperlah kan? Janji kita buat yang terbaik kan? :)

Dak Wan® berkata...

mizara - Yup! Betul tu! :))

Dak Wan® berkata...

|arieza| - Ada 2-3 orang, geng ramai ah :P

Dak Wan® berkata...

Faarihin - Dok rumah erk? Kawan baik tak semestinya kita jumpa setiap hari kan? ;)

Dak Wan® berkata...

cj'alhafiz - Best kan lagu tu? ;)

Dak Wan® berkata...

Eyriqazz - Yup! Memang susah! :D

Dak Wan® berkata...

blueCITY® - Wasalam :) Memang payah nak dapat, kengkadang dapat pon tapi dah terlambat... :(

Dak Wan® berkata...

ezzati - Yup! Hargai lah mereka kan? :)

Dak Wan® berkata...

touyakaruma - Formula Kebarangkalian erk? :P

Dak Wan® berkata...

Tekkaus - Tak semua kawan boleh jadi sahabat kan? :))

Dak Wan® berkata...

hisham - Wasalam, memang ghitu ah beb :(

Dak Wan® berkata...

miss lolly a.k.a luvfareda - Tahniah erk! :) Semoga berkekalan.

Dak Wan® berkata...

¶A.K.I¶ - Sahabat yg sejati dan memahami memang sukar nak dapat..... :(

Dak Wan® berkata...

F U N F A B U L O S I T Y - Yup! Memang agak sukar, tapi kita kena jadi sahabat gak dulu kan? :D

Dak Wan® berkata...

NiNa' - True! Agreed with u :)

Dak Wan® berkata...

kulanz - Semoga tercapai niat murni tu :)

Dak Wan® berkata...

~0~ - Yup, dah jumpa jgn dilepaskan :)

Dak Wan® berkata...

blueCITY® - Uiks? Naper eh? :-/

Dak Wan® berkata...

Cath J - URW :D

Dak Wan® berkata...

hans -Tqs hans! :)

Dak Wan® berkata...

suri - Wasalam, tqs ye... :)

Dak Wan® berkata...

Rash - Dah kawen kena ubah cara kan? :) Sejabat sejati tak semestinya kita jumpa hari-hari kan?

Dak Wan® berkata...

░♥si lampu neon♥░ - Mungkin kita boleh jadi sahabat kepada kawan-kawan kita tu kan? ;)

Tukang beca tengah kenen, Sudah baca tolong komen! Tqs
Awak follow RSS disini | Awak follow twitter disini
Sayang Ckit
Muahh!

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))

Sila taip kod diatas untuk smiley!
Contoh: Untuk icon Senyum Sila taip :)

Catat Ulasan

 

Blog Tips,Trick & Contest

Label

Blogging (22) Stories (21) 1 Malaysia (16) Contest (12) Rainbow Story (12) Story (12) Tips (11) Family (10) Gath (6) Teknik (6) Dem (5) Emotion (5) Feeling (5) Web (5) Car (4) Cinta (4) Love (4) Birthday (3) Islam (3) KCar (3) LMST (3) Myspace (3) PROTON (3) PROTON SAGA (3) SIC (3) Terjah (3) kancil (3) Awards (2) Bagus (2) Jodoh (2) L5 (2) Mira (2) Tag (2) Tools (2) Bidor (1) Cameron (1) Conversion (1) Dato Sagor (1) Facebook (1) Fadzilah Kamsah (1) Kawen (1) Makan (1) Maulidur (1) Meyo (1) Muhammad (1) Nash Ahmad (1) Nuffnang (1) Perak (1) Perodua (1) Politics (1) Politik (1) Racing (1) Rank (1) Ranking (1) Rasul (1) River (1) SAGA (1) SKPZ (1) Sambutan (1) Scenery (1) Sepang (1) Sticky (1) Sunset (1) Technocrati (1) Tmnet (1) Track (1) Uncle (1) VIP (1) Web Page Ranking (1) banner (1)

Powered by  Sue-Sygckit.blogspot.com

back to top