Sinonim dengan entri teman sebelum ni BANTAH jika tak setuju! dan Apabila Ulama Di Cabar. Disini teman cuba menarik kita menjadi lebih berilmiah dalam menangani isu semasa dan perlukah kita menampilkan agama Islam sebagai Agama Terrorist? Perlukah kita memberi kan kemenangan kepada anasir-anasir jahat untuk melihat negara kita porak peranda? Perlukah pembakaran tempat keagamaan dilakukan? Perlukah kita hidup seperti pelarian dalam peperangan? Jangan terlalu cepat melatah duhai teman. Hayati dulu suasana perang dibawah.
Di sini ada keratan dari BERNAMA yang teman tampilkan
Agong titah semua pihak bertenang, hormati tempat ibadah
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, menitahkan seluruh rakyat Malaysia supaya saling menghormati tempat ibadah tanpa mengira kaum.Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara hari ini, Seri Paduka amat berharap agar semangat perpaduan dan hormat menghormati antara kaum dan agama yang menjadi tunjang kekuatan negara ini sentiasa dijaga.
Tuanku Mizan menitahkan semua pihak terutamanya umat Islam agar bertenang berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkaitan penggunaan kalimah Allah.
Seri Paduka menzahirkan harapan itu kerana kerajaan sedang mengambil langkah perlu berikutan keputusan mahkamah itu dan semua pihak sentiasa menghormati kesucian ajaran dan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia.
"Bagi menjamin suasana aman dan harmoni di antara penganut yang berlainan agama, maksud dan rujukan kalimah Allah dalam konteks umum hendaklah menepati sifat yang ditetapkan oleh Islam kerana amalan ini sekian lama telah diterima baik oleh semua penganut agama lain di Malaysia," titah Tuanku Mizan.
Menurut kenyataan itu, Tuanku Mizan memandang serius terhadap isu penggunaan kalimah Allah dalam majalah Herald-The Catholic Weekly oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini.
Rabu lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan penangguhan perintah yang dikeluarkan sebelum ini bagi membenarkan penggunaan kalimah "Allah" oleh majalah mingguan Katolik, Herald, berikutan persetujuan Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Paderi Roman Katholik Malaysia berdasarkan kepada kepentingan negara. – Bernama
Buat yang belum mengundi, sila buat segera ye?Teman akhiri dengan cebisan lagu
tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang- Mantera Beradu by Malique ft MNasir
Fikir-fikirkanlah ye
49 Xclusive Commentaries:
serius tak setuju betol guna nama Allah.., tapi tindakan baling2 bom api tu slh juga!!
aku dah vote! tahniah sebab ambik pot gila hal! nie aku yg xsedar2 diri nie pow tiba2 tersedar dari dunia sendiri yg xberapa penting!
semoga lain2 pown turut mebangkang pengunaan kalimah Allah dgn menurunkan nama masing2!!
salam tuan, boleh tak wall paper di blog tuan ni tukar warna cerah.Saya sukar membacanya, maklumlah rabun.Org dah tua. Bolehlah ya.Nak sangat baca tapi latar nya tu menyakitkan anak mata. Mohon maaf jika terlebih permintaan.
Umm..knp la ehh derang g bakar Church tu..Jgn la buat cam2 kn..Nnt ape la pandangan yg non-muslim terhadap org Islam,kn..Da la sesuka hati Presiden of U.S label org Islam nie Terrorist..Seelok2 nya tunjukan kan lah bantahan & tidak kepuasan ht tu melalui cara & saluran yg betol..Betol la ape yg diktate M.Nasir & Malique "Menang dengan otak tak mesti dengan pedang"..
Ada dua kemungkinan disebalik tindakan membakar gereja.Samada dilakukan oleh
a)golongan ektrime islam tak bertempat tp sbnrnye bodoh ttng ilmu islam
b)mainan politik pihak tertentu..spya dpt mewujudkan satu jalan cerita politik yg lebih menarik lagi.maka mereka dpt menyusun perancangan poltik mereka dngn lbh terancang lagi
namun ini cuma la andaian..tp sy lebih cenderung pd kemungkinan a)
yes, mng dgn otak tak mesti dgn pedang - i like that..
n sy rase org yg terlibat bkr gereja n then dgr nh plk baling batu bata dekat surau mmg ikut perasaan smate2..x gunekan otak pikir akibatnye..
Seyes arr tindakan di luar kawalan fikiran.. Knape tak leh duduk dn fikir dgn rasional instead of bakar sana bom sini.. Hmmmm.. Islam agama kedamaian.. Hope akan reda nnt.. ;)
Islam kat mata dunia da mcm terrorist da
betul.. sy sgt setuju! nk bjuang pun kena pakai akal dan ilmu. Islam bkn agama yg kasar. Islam itu kan indah :)
Boneka tak sakit - Terima Kasih teman, semoga terbuka lah hendaknya hati manusia lain yang keras untuk berhijrah macam ko. :X Sayang Ckit! Muah!:-*
Hahaha =))
izazin - Wasalam tuan. Boleh jewr, tgh dalam proses nie. Ambil masa yang lama sikit sebab semua widget harus diubah. :)
Ieda the Rainbow Princess - Sesuatu yang berlaku itu dengan izinnya jua. Mungkin ada kebaikan di sebalik musibah yang menimpa? Wallahhualam. :)
syahbandar87 - Ada lagi 2 kemungkinan yang tuan terlepas pandang.
c) Self-Arsonist (Mereka sendiri yang Bakar)
d) Anasir luar yang cuba untuk menangguk di air keruh.
Biar pihak berkuasa yang menjalankan siasatan. Siapa kita untuk menjatuhkan hukum?
suraya - Thanks. Tapi memang wujud anasir jahat yang sejak dulu cuba untuk memporak-perandakan kita.(Malaysia) :)
FarhanaDr - Harap segalanya boleh diselesaikan di meja perundingan, sedangkan kita Merdeka pun tidak berperang.
Jard The Great - Kebenaran akan muncul jua akhirnya. Have faith k? :)
cik EPAL - Kengkadang sesuatu isu tu timbul dan perlu gabungan suara kita semua kan? :)
|arieza|- A pen is mightier than a sword rite? ;))
x setuju...ini bukan perkara main2..sedangkan kedudukan ulama di cabar tu pun dh menyatukan umat islam,inikan nama Allah...bkn ker ader ayat yang bermaksud"kamu dengan agama kamu dan aku dengan agama aku"?
aku pon dah vote. weeeeee~
hurmmmm..btol..kene hormati agama len juf´gak...kang dorg lagi mcm demand..haish..mslh..
ku da undi...dan harap menda ni selesai segera
stuju ngan Jard..
salam singgah...
semoga jgn di porak peranda lagi dgn benda2 begini...huhuhu
harap2 isu ini akan tamat dgn segera. dah la daddy pening ngan bonus cuma dpt rm500, gula naik 20 sen, elaun2 keraian nak dipotong. ni dtg plak isu perkataan 'Allah'. Cuma pelik la dlm negara ni majoriti terpaksa mengalah kpd minoriti. Tu la sampai kena pijak kepala tu. Wallahualam.
Baling BOM api terjadi akibat tuntutan guna nama Allah...tuntutan yg keterlaluan dan ada muslihat disebaliknya. Jangan sesekali berani bermain api...
ceh dakwan.. komen aku mcm aku nie teruk tol!!
teruskan usaha yer akak ! aku tau nie akak yg tulis nak harap darkwan tulis benda2 ilimah jgn hrapa! huhuhuhu
sebagai wakil
bangkai bloggers!
so jgn lupa meriah kat blog itu!! kerana diri mu sgt berharga!!
hmmm....
masing2 ada kepercayaan nya...
tapi itu bukan perjuangan yg betul...
banyak caranya lagi..
yeah! betul! pen yg ink hitam lg mightier dr pen kaler biru! :)
well said! if only more people can think like you, this country would b at peace.
takut betul aku dgn keadaan huru hara ni
black_mel - Kalau guna akal boleh menyelesaikan masalah, mengapa nak guna kekerasan kan? :)
seimura - tqs very much k :X
chokio_nia - Yup! U r rite. Hormat menghormati amalan kita. :D
~0~ Baik utk kamu. Perkara ni macam dapat selesai awal nampaknya nie. Syukurlah. :)
ezzati - Bagus lah klu begitu :) Semoga tak melarat-larat kan?
susah juga.
kita berjuang apa yang mampu. jangan sampai gugat kesejahteraan negara sudah. sekarang nk cari negara aman mcm Msia susah. (walaupun nak dikira kan Msia tak aman mana pon)
sumijelly - Sama-sama lah berdoa k? :)
juk - Ada pihak memang tak bleh tgk org senang :)
denaihati - berita kat luar macamlah negara kita nie tengah berperang beso....
Boneka tak sakit - Hahahaha! Ko tak tengok nama author ke? Memang nama orang umah aku ah :P
Anyway tqs la k. :) Ko memang best ah! :X
mie - Selagi boleh guna jalan halus dan lembut, usah kita berkasar lah kan? :)
|arieza| - Ceih, tu belum tengok marker pen teman lagi :P
Elaine New - Thanks a lot. The utmost importance is to be cool under pressure right?
░♥si lampu neon♥░ - So, meh kita undi ah. Civilized kan cara tu? ;;)
cik nurulain - Takder negara lain dalam dunia(bermasyarakat majmuk) yg rakyatnya boleh hidup rukun, damai dan aman seperti Malaysia. ;))
islam xsukekan keganasan.tp umat die yg wat org pndang yg islam ni ganas..xptut la wat cmtu.pelik..
sebenarnya islam itu agama kedamaian tetapi segelintir umat islam yg mencemarkan imej agama islam itu sendiri...
Bukankah kita digalakkan berhimah dalam semua perkara?
[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ - Yup, "Menang dengan otak tak semesti dengan pedang kan? Macam cerita teman di Apabila Ulama Di Cabar :D
kawie2020 - Betul tu beb, perang tak selesaikan masalah, tambah lagi ada lah. ;)
Awak follow RSS disini | Awak follow twitter disini
Sayang Ckit
Muahh!
:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))
Sila taip kod diatas untuk smiley!
Contoh: Untuk icon Senyum Sila taip :)
Catat Ulasan